Lawatan kerja pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom (UK) berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga boleh baharu dan ekonomi digital. <br /><br />Perdana Menteri berkata, kejayaan itu mencerminkan keyakinan pelabur asing terhadap dasar negara selepas beliau dan delegasi mengadakan beberapa siri pertemuan dengan 31 kapten-kapten industri terkemuka di UK.<br />